Project Description

Bagaimana cara nak masak Taucu Terung Telunjuk?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Taucu Terung Telunjuk

Bagaimana cara nak masak Taucu Terung Telunjuk?

BAHAN-BAHAN

  • 15 biji terung telunjuk 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah (Dihiris) 
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 3 biji cili hijau (Dihiris) 
  • 1 cawan taucu (Basuh dan tuskan) 
  • ½ cawan air 
  • 1 sudu teh gula 
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Buangkan tangkai dan belah dua terung telunjuk. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu. 
    3. Masukkan terung dan kacau rata. 
    4. Apabila layu, masukkan taucu, air, dan gula. Kacau rata dan biarkan mendidih. 
    5. Sedia dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.