Sesuai untuk yang berdiet

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Udang Yogurt

Sesuai untuk yang berdiet

BAHAN-BAHAN

  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 biji cili padi *
  • 1 inci kunyit hidup besar kelingking * (atau boleh guna serbuk kunyit)
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun kunyit dicarik-carik
  • 3 camca besar plain yogurt (low fat)
  • 8-12 ekor udang sederhana besar
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk halus bahan2 bertanda * kemudian tumis bersama serai sehingga wangi atau pecah minyak.
  • Masukkan secawan air dan daun kunyit kemudian kacau sebati.
  • Apabila agak mendidih masukkan yogurt dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika. Perasakan dengan garam.
  • Masukkan udang dan kacau balik sehingga udang masak. Jangan terlalu lama nanti hilang manis udang.
  • Siap untung hidangan berbuka puasa yang cepat dan ringkas serta sesuai untuk berdiet (tak makan santan). Tak perlu letak asam keping kerana yogurt tu dah masam. Plain yogurt boleh ganti santan kalau buat gulai juga, cubalah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN