Resepi klasik dari mak,rase pon klasik~
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Masak lemak nangka dengan ikan kering/masin talang/talam
Resepi klasik dari mak,rase pon klasik~
BAHAN-BAHAN
- Ikan kering jenis talang/talam bahagian tulang 300gram (dipotong ikut saiz kesukaan).
- Buah nangka muda 500gram (dipotong bersih dan ikut saiz kesukaan )
- Santan kelapa 1/2 biji
- Daun Kunyit sehelai (dipotong mayam) **
- Cili Api 10 Biji (ikut suka pada kepedasan + lagi) *
- Cili kering 10 tangkai *
- Serai sebatang di tumbuk **
- Asam keping (ikut suke pada yg suke masam lebih)
- Ikan bilis 8 ekor (saya bubuh ikan bilis utk ganti Pak ajinamoto) **
- Bunga Kantan (Untuk bau wangi dalam masakan xade pon xper)
- Garam (jika perlu, sebab ikan kering talang tue masin dah…)
CARA PENYEDIAAN
- Ikan kering/masin talang dipotong ikut saiz kesukaan dan direndam selama 5-10 minit. Untuk mengurangkan rase kemasinan. (Jgn rendam lama @ rebus plak,nnt keenakkan ikan tue ilang) :)
- Buah nangka yang siap dipotong ikut saiz kesukaan tue direbus separuh empok…tujuannya untuk menghilangkan getah dan bagi lembut. kemudian toskan.
- Sila belender bahan bertanda *. (Kemudian masukan sikit air santan kelapa (pati santan yg dicampur sikit air )dlm belender blen sekali utk sekatakan bahan> nak skip step ini pon xper,no hal)
- Panaskan periuk anda,dan masukkan bahan yg telah di belender tadi. Biarkan ianya selama 5-8 minit dengan api pelahan. Masukkan asam keping.
- Masukkan bahan bertanda **, kemudian gaulkan…diingatkan,guna api sederhana .
- Masukkan ikan talang yang dah di rendam selama 5- 10 minit tue,kacau dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu,masukkan buah nangka tadi. Gaulkan ia bersama…
- Agak2 nak mendidih,masukkan pati santan dan kacau pelahan2 sehingga mendidih dan last sekali masukkan bunga kantan.
- Dah siap! Cuba rasa masin @ tak? Klo x, sila tambah garam secukup rasa…Dan Boleh dihidang dlm mangkuk yg cantek! Sebelum itu,sila tangkap gambo dulu utk laporan masakkan anda! :)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.