Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Lada Hitam Pegaga?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Lada Hitam Pegaga

Bagaimana cara nak masak Lemak Lada Hitam Pegaga?

BAHAN-BAHAN

  • 2 ikat daun pegaga 
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah 
  • Sedikit ikan bilis 
  • (Lada hitam, kunyit hidup, bawang merah dan ikan bilis dihiris halus)
  • 1 cawan air 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan dan basuh daun pegaga. Kemudian tuskan. 
    2. Masukkan bahan yang dikisar halus ke dalam periuk bersama ikan bilis, air, dan daun pegaga. 
    3. Masak sehingga mendidih dan daun pegaga menjadi layu dan lembut. 
    4. Masukkan santan dan kacau selalu bagi mengelakkan santan pecah minyak. Kemudian masukkan garam. 
    5. Selepas mendidih, masukkan ke dalam mangkuk dan sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.