Kalau sukakan kuahnya yang pedas, boleh tumbuk terus cilinya…Sue letak sebiji-sebiji sebab ada anak kecil..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Kepah & Kulat Sisir

Kalau sukakan kuahnya yang pedas, boleh tumbuk terus cilinya…Sue letak sebiji-sebiji sebab ada anak kecil..

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg kepah
  • 1 batang serai (dititik)
  • sehiris halia
  • 6 tangkai cili padi ~Jika mahu kuah pedas, boleh blend sekali dengan bawang
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 500 ml santan (200ml santan kotak+300ml air)
  • Garam secukupnya
  • Segenggam kulat sisir
  • ** 3 ulas bawang merah
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** sehiris kunyit (Bahan ** diblend)
CARA PENYEDIAAN
  • Kepah direndam ke dalam air garam lebih kurang 1/2jam untuk membuang sisa pasir.Basuh dan toskan
  • Kulat sisir direndam seketika dengan air garam dan bersihkan sisa kulit kayu jika ada kemudian di bersihkan dengan air biasa dan toskan.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana sehingga mendidih.
  • Bila Kepah sudah masak dan kulat sisir dah lembut dan kuah pun cukup rasa, tutup api dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN