Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Kambing Cili Api?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Kambing Cili Api

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Kambing Cili Api?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 1 sudu makan serbuk kunyit 
  • 20 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 inci halia 
  • 2 cawan air 
    (Semua cili api, bawang merah, halia dikisar bersama dengan air)
  • 2 batang serai (Diketuk) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 2 biji tomato muda (Dipotong 4) 
  • 2 helai daun kunyit 
  • 2 cawan santan pekat 
  • Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan. 
    2. Gaulkan dengan serbuk kunyit. 
    3. Masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam 
      periuk. Masak sehingga mendidih dan daging lembut. 
    4. Masukkan asam gelugur, tomato, daun kunyit, dan santan pekat. 
      Kacau supaya tidak pecah minyak. 
    5. Apabila sudah mendidih, rasakan garam dan angkat. 
    6. Sedia dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN