Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Jering Tua?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Jering Tua

Bagaimana cara nak masak Lemak Jering Tua?

BAHAN-BAHAN

  • 20 biji jering tua 
  • 15 biji cili api
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 1 cawan air 
  • (Cili api, cili merah, bawang merah, kunyit hidup dikisar bersama air)
  • ½ cawan ikan bilis 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 2 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Ambil isi jering dan rebuskan sehingga lembut. 
    2. Tumbukkan isi jering tadi sehingga pecah sedikit. 
    3. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. 
    4. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. 
    5. Masukkan garam dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.