Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Telur Pudina?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Telur Pudina

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Telur Pudina?

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan air 
  • Garam secukup rasa 
  • 4 biji telur 
  • 4 biji bawang merah 
  • 10 biji cili api 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 5 urat kacang panjang (dipotong pendek)   
  • 1 cawan santan pekat 
  • 10 helai daun pudina (dicencang kasar) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam. 
    2. Pecahkan telur satu per satu dan masukkan ke dalam air mendidih. Masakkan sehingga keras. Angkat telur dan tuskan di dalam pinggan. 
    3. Kisar bawang merah, cili api, dan kunyit hidup dengan setengah cawan air rebusan telur. 
    4. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, kacang panjang, dan garam ke dalam air rebusan telur tadi. Masak sehingga mendidih. 
    5. Masukkan santan pekat, telur, dan daun pudina. Masakkan lagi sehingga mendidih. 
    6. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN