Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Telur & Daun Kesum?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Telur & Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Telur & Daun Kesum?

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji cili api 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 6 tangkai daun kesum 
    (Cili api, bawang merah, kunyit hidup & daun kesum dikisar bersama)
  • 2 biji mangga muda (dibelah 4) 
  • 2 cawan air 
  • Garam secukup rasa 
  • 4 biji telur 
  • 1 cawan santan pekat
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan bahan kisar, daun kesum, mangga muda, air, dan garam ke dalam periuk. 
    2. Masakkan sehingga mendidih. 
    3. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam mangkuk. 
    4. Tuangkan ke dalam periuk dengan perlahan supaya kuning telur tidak pecah. 
    5. Masakkan sehingga mendidih dan telur agak keras dengan api perlahan. 
    6. Masukkan santan pekat dan masak sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN