Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Sepat Masin Bersama Nenas?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Ikan Sepat Masin Bersama Nenas

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Ikan Sepat Masin Bersama Nenas?

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan sepat masin (Dibersihkan) 
  • 15 biji cili api 
  • 2 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air
  • (Cili api, bawang merah, kunyit hidup dikisar bersama air)
  • ½ biji nanas (Dipotong kecil) 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan bahan yang dikisar, nanas, serai, dan ikan masin ke dalam periuk. 
    2. Masak sehingga mendidih. 
    3. Masukkan santan dan sentiasa kacau perlahan-lahan dengan api sederhana supaya tidak pecah minyak. 
    4. Masukkan garam dan tutupkan api. 
    5. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.