Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ikan Puyu?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ikan Puyu

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Daun Kesum Ikan Puyu?

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan puyu (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 12 biji cili api 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air 
  • (Cili api, bawang merah, kunyit hidup dikisar halus bersama air)
  • 5 biji terung kampung (Terung siam) 
  • 5 tangkai daun kesum (Dipotong pendek) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk. 
    2. Masakkan sehingga mendidih. 
    3. Masukkan santan pekat dan garam. Masakkan lagi sehingga mendidih dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak. 
    4. Tutup api dan sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.