Project Description

Bagaimana cara nak masak Bening Ubi?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Bening Ubi

Bagaimana cara nak masak Bening Ubi?

BAHAN-BAHAN

  • ¼ biji sengkuang (Dikupas kulit)
  • ¼ biji keladi (Dikupas kulit)
  • ½ biji keledek oren (Dikupas kulit)
  • 1 biji kentang (Dikupas kulit)
  • 3 biji cili merah 
  • 3 biji bawang merah 
  • Sedikit belacan 
    (Cili merah, bawang merah & sedikit belacan dikisar bersama)
  • 10 tangkai kangkung (Dipotong pendek)
  • 5 tangkai daun kesum (Dipotong pendek)
  • 3 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
  • 2 sudu makan udang kering
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 2 cawan air 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil sengkuang, keladi, keledek, dan kentang. 
    2. Rebuskan keladi sehingga empuk dan tuskan airnya. 
    3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. 
    4. Tutup api dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.