Project Description

Bagaimana cara nak masak Bening Bayam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Bening Bayam

Bagaimana cara nak masak Bening Bayam?

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk bayam hijau 
  • 3 biji ubi keledek (Saiz sederhana) 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • 1 biji cili merah (Ditumbuk hancur)
  • Secubit belacan (Ditumbuk hancur)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • Garam secukup rasa 
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan daun bayam dan rendam. Kemudian tus sehingga kering. 
    2. Buangkan kulit ubi keledek dan potong kecil. 
    3. Masukkan semua bahan kecuali bayam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan ubi keledek lembut. 
    4. Masukkan bayam dan biarkan ia mendidih sekali lagi. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.