Resipi keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Asam Pedas Kelapa Bakar

Resipi keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan kembung/mabong/selar atau 4-5 keping ikan tenggiri/tongkol/parang
  • 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar, 15 tangkai cili kering – dimesin, Bahan A
  • 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 3 inci halia, 1.5 sudu biji lada hitam – ditumbuk 3/4 lumat, Bahan B
  • 3 tangkai daun kesum
  • 4 sudu besar kerisik
  • 1 liter air asam jawa
  • 10 tangkai bendi atau 2 batang terung
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan digoreng terlebih dahulu. Panaskan periuk. Bahan A di tumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan hingga mendidih.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan, daun kesum, terung atau bendi.
  • Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik hingga garing/kekuningan. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan 2 minit lagi untuk sebati.
  • Sedia untuk dihidang. Boleh makan dengan nasi atau roti. Asam pedas ini paling sedap kalau disimpan semalaman.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN