?Maruku Bijan™

sedap dimakan bila2 masa…sesuai juga dijadikan kudapan pd hari2 lebaran…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Maruku Bijan™

sedap dimakan bila2 masa…sesuai juga dijadikan kudapan pd hari2 lebaran…

BAHAN-BAHAN

  • 300 g tepung beras (cap gajah)=(3 cwn rata)
  • 300 g tepung pulut = (3 cwn rata)
  • 185 g mentega = (3/4 buku + 1 sb rata)
  • 25 g jintan putih/halus = (4 sb rata )
  • 100 g bijan = (10 sb rata)
  • 1 sk serbuk lada putih
  • 1-2 sk serbuk cili
  • 750 ml air dicampur 1/2 sk garam
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
  • acuan maruku yang berbunga bintang
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam sebuah bekas yang besar,gaul rata tepung2,mentega,jintan,bijan,serbuk lada dan serbuk cili hingga menjadi abuk roti.
  • Buatkan lubang di tengah2 dan tuangkan campuran air garam sedikit2 sambil diuli hingga menjadi adunan doh yang lembut dan tak melekit,supaya mudah ditekan apabila menggoreng.(air garam dlm adunan tk pernah habis klau akak buat maruku ni,gunakan setakat doh lembut…dah ok)
  • Panaskan minyak di dalam kuali.Bubuh secukup adunan di dalam acuan dan tekan adunan mengikut lingkaran bulat terus ke dalam kuali.Biarkan seketika dan balikkan dan goreng hingga perang.
  • Atau dgn cara yg lagi satu…tekan adunan lingkaran bulat di atas piring dahulu…
  • Balikkan di atas tapak tangan dan perlahan2 masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga masak keperangan.
  • Angkat maruku dan toskan di atas kertas serap minyak dan sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
  • contoh acuan ada di glossary…http://www.myresipi.com/top/glossary/282
  • ***atau boleh jugak guna acuan atau penerap kuih seperti ini…
  • kalau menggunakan piping bag pastikan guna nozle bintang jugak…
  • boleh juga dipicit terus kedalam minyak panas…tapi mesti berhati2…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago