Simple & nice
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Marble cheese chocolate cake
Simple & nice
BAHAN-BAHAN
- 250gm cream cheese
- 1/2 tin susu cair
- 1 cawan gula kasar-diblend halus
- 1 cawan marjerin planta
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 penutup esen vanilla
- 3 biji telur
- 1 penutup chocolate emulco
CARA PENYEDIAAN
- Pukul cream cheese, gula,susu cair & marjerin hingga kembang..
- Setelah itu,masukkan telur satu persatu hingga habis & masukkan esen vanilla.
- Masukkan pula tepung sikit demi sikit,hingga habis. Gaul hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Bahagian 1-plain &
Bahagian 2-masukkan serbuk koko & chocolate emulco & gaul hingga sebati. - Tuang adunan berselang seli iaitu adunan plain & adunan koko hingga habis kedalam acuan.
- Lorekkan dengan lidi or pencucuk sate untuk buat corak marble
- Kukus selama 1 jam 10 minit atau hingga masak.
- Pastikan acuan ditutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan terkena titisan wap air kukusan & air kukusan dah mendidih time nak masukkan acuan. (guna api yang sederhana dari mula sampai akhir yer)
- Selamat mencubaâ¦..
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.