Lagi satu koleksi resepi ayam versi dayang. Memang mudah, ringkas dan sedap lbh2 lg cecah dgn sambal cili/sos cili. Nak tengok gambar dekat, silalah ke blog dayang. http://dayangjack.blogspot.com
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Manok Panggang/Ayam Panggang Sarawak
Lagi satu koleksi resepi ayam versi dayang. Memang mudah, ringkas dan sedap lbh2 lg cecah dgn sambal cili/sos cili. Nak tengok gambar dekat, silalah ke blog dayang. http://dayangjack.blogspot.com
BAHAN-BAHAN
- 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan dgn air limau)
- 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
- 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
- 5 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- gula merah atau gula melaka secukupnya (bubuh lebih sikit)
- garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman.
- Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
- Untuk sambal cili/sos cili : satukan 3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran), 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat), air asam jawa (ikut sukatan sendiri) garam dan gula secukupnya di dalam periuk dan masak selama 3-5 minit. Tambah air panas jika perlu.
- Hidangkan. Sesuai utk majlis harijadi/BBQ dan sebagainya.
- ****utk info: kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak. Hanya blend shj.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.