Muffin mempelam karamel.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mango Caramel Muffin

Muffin mempelam karamel.

BAHAN-BAHAN

  • 120g mentega (tanpa garam)
  • 150g gula perang
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur (saiz L)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • Secubit garam
  • 120ml susu cair/susu segar
  • 100g krim karamel (cara buatnya rujuk resepi krim karamel)
  • 2 biji mempelam
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kulit mempelam dan potong dadu. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk, pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Masukkan gula, pukul lagi sehingga nampak keputihan.
  • Masukkan telur dalam mangkuk lain dan pukul sedikit.
  • Kemudian masukkan pula 1/3 telur ke dalam adunan mentega tadi. Pukul. Kemudian masukkan 1/3 bahagian lagi. Pukul.. buat sampai habis.
  • Masukkan pula 1/3 tepung. Kacau dengan kaedah kaup balik. Tak perlu sebati..
  • Kemudian masukkan 1/2 susu. Kacau lagi.
  • Ulang lagi kaedah 6 dan 7 sampai habis.
  • Masukkan pula krim karamel. Kacau. Tak perlu rata sebab nak biarkan nampak belang2 pada muffin
  • Masukkan pula mempelam. Kacau lagi.
  • Ceduk adunan dengan sudu dan masukkan dalam acuan muffin.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN