Resipi dari Filipina. Suami ajar.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mango Boat
Resipi dari Filipina. Suami ajar.
BAHAN-BAHAN
- 3 biji mangga masak
- 20 keping biskut marie – untuk lapisan atas (dihancurkan)
- Beberapa keping biskut marie untuk dasar (tidak perlu dihancurkan)
- 1/2 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
CARA PENYEDIAAN
- Di dalam bekas, susun dasar dengan biskut marie. Buat 2 lapisan biskut. Oleh kerana biskut marie bentuknya bulat, jadi dimana-mana ruang kosong pecahkan biskut marie dan diisikan ruang kosong tersebut.
- Kupas mangga, hiris dan susun di atas dasar biskut marie.
- Gaulkan susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan tuang separuh ke atas mangga.
- Taburkan biskut marie yang telah dihancurkan.
- Tuang lebihan susu ke atas biskut marie.
- Guna sudu dan tekan-tekankan lapisan atas supaya semua kena dengan susu.
- Simpan di dalam peti sejuk. Bila hendak menghidang bolehlah dipotong-potong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.