Mandhi (Arabic: ???????) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus. Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api. Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian. Resepi kat bawah ni saya dapat dari kawan Yaman saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restoran restoran yang saya makan kat Saudi..Ikut suka anda lah nak masak dengan ayam atau daging..Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon. Perghhh..lazizah!!!!..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mandhi Ayam
Mandhi (Arabic: ???????) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus. Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api. Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian. Resepi kat bawah ni saya dapat dari kawan Yaman saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restoran restoran yang saya makan kat Saudi..Ikut suka anda lah nak masak dengan ayam atau daging..Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon. Perghhh..lazizah!!!!..
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan di
- 1/2cmt ketumbar – biji
- 1/2cmt jintan manis – biji
- 1/2cmt lada hitam – biji
- 1-2 helai daun bay
- 1cmt all spices
- 1 biji bawang besar ~ belah 4
- 1 inci halia- diketu sedikit
- Garam secukup rasa
- Air secukupnya untuk merebus ayam
- 2 ulas bawang putih – diketuk sedikit
- Bahan Untuk Nasi :-
- 4 cawan beras basmathi – cuci bersih, rendam selama 30 minit dengan air garam dan toskan
- 3 camca besar minyak sapi (saya guna 2cmb ghee + 2cmb canola oil)
- 10-12 cawan air/ stok ayam/daging
- 1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)
- Rempah tumis:-
- 1 batang kulit kayu manis
- 3-4 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning/ safron- tak der pon tak per (saya tak letak)
- Garam secukup rasa.
- Bahan lain:-
- 1-2 cmb minyak masak
- Seketul arang (kecil jer dah cukup, sebesar telo ayam grade D..)
- aluminium foil
CARA PENYEDIAAN
- Penyediaan Ayam :-
1. Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk.
Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi. - Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.
- Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul…
- Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berast supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5-10 minit dan offkan api.
- Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per…
- Hidangkan dengan salasa tomato dan salad (jarjir/salad/lemon/kubis/carrot, timun, dan bawang besar yg kaler putih..
- Blend 1 – 2 biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar (kalu nak pedas letak la cili api).
Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.
Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum hidang),
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.