donut afrika
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mandazi
donut afrika
BAHAN-BAHAN
- 2 cwn tepung gandum
- 1/2 cwn gula
- 2 st yis
- 1/4 sk serbuk kayu manis
- 1/4 sk serbuk pelaga
- 1/2 cwn susu penuh krim
- 1 biji telur, di pukul
- 2 sb mentega, di cairkan
CARA PENYEDIAAN
- Semua bahan harus pada suhu bilik. Satukan semua dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya perlu.
- Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, tumbuk-tumbuk untuk buang angin dan bahagikan kepada beberapa bebola sebesar bola tenis.
- Canai doh membulat sehingga lebih kurang 1/4 inci tebal. Potong doh kepada 4 bahagian segitiga.
- Goreng sehingga keemasan dan toskan minyak.
- Mandazi sedia di makan bersama teh/kopi. Boleh juga di tabur gula aising/gula halus setelah siap di goreng dan masih panas.
- ~ Selamat mencuba ~
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.