hidangan pasta yang simple.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Makaroni Goreng

hidangan pasta yang simple.

BAHAN-BAHAN

  • 250gm makaroni (lebih kurang)
  • 3 biji bawang putih -cincang
  • 1/2 biji bawang besar -didadu
  • 1 sosej
  • 1 cawan isi ayam -potong kecil-kecil
  • 1 sudu kecil cili giling
  • 1 sudu kecil tomato puri
  • 5 sudu besar air panas
  • herba basil, herba bolognaise, lada hitam, stok ayam, garam -secukupnya.
  • 3 keping keju cheddar
CARA PENYEDIAAN
  • mula-mula sekali sediakan makaroni (lebih kurang 250gm) ikut arahan pada pek.
  • saya panaskan sedikit minyak untuk menumis. dah cukup panas saya masukkan isi ayam dan udang serta sosej yang dipotong ikut kehendak hati. biar sampai agak kecut dan masak kemudian masukkan bawang putih (3 biji) cincang dan bawang besar (1/2 biji) yang dipotong dadu. kemudiannya, ketepikan.
  • gunakan lebihan minyak yang sama, tumiskan cili giling (1 sudu kecil) dan tomato puri (2 sudu kecil) sampai naik bau dan masak. masukkan semula bahan ayam udang dan sosej yang diketepikan tadi. gaul rata. tambah air panas (5 sudu besar) dan biarkan mereneh atas api kecil. tambahkan herba basil, lada hitam, stok ayam, garam dan perasa secukupnya.
  • akhir sekali masukkan semua makaroni yang telah dimasak lebih dahulu bersama-sama keju cheddar (3 keping) dan herba bolognaise (1 sudu kecil). kacau rata.
  • kalau agak pedas, bolehlah diseimbangkan rasanya dengan menambahsedikit gula. dah siap, bolehlah dihidangkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN