Makaroni Bakar

Boleh menggunakan pelbagai jenis “pasta”.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Makaroni Bakar

Boleh menggunakan pelbagai jenis “pasta”.

BAHAN-BAHAN

  • 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak
  • 300 g udang hidup, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • 50 g cendawan butang, dihiris nipis
  • 100 g parutan keju cheddar
  • 1/2 cawan potongan daun kucai
  • Bahan Kastad:-
  • 5 biji telur gred A
  • 200 ml susu cair
  • 2 camca besar mentega cair
  • 2 camca teh tepung gandum
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 1 camca teh serbuk lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam bekas besar, satukan semua bahan kecuali bahan untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.
  • Dalam bekas lain, satukan bahan kastad dan kacau rata menggunakan pemukul.
  • Satukan kastad ke dalam No.1. Gaul rata dan isikan ke dalam acuan muffin berlubang 12 (berisipadu 1/2 cawan setiap satu lubang) yang telah disapu dengan mentega. Isi hingga penuh. Bakar 20 minit pada suhu 180C. Hidangkan bersama sos cili.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago