Ambil dari jiran Arab.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Makarona Bashamal

Ambil dari jiran Arab.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo makaroni (bukan yang jenis panjang tapi guna yang berbentuk-bentuk. Tak kira la bentuk apa pun)
  • 1/2 kilo daging cincang (digoreng dengan bawang besar dan putih)
  • 6 camca besar minyak sapi
  • 7 camca besar tepung gandum
  • 1 kilo susu segar
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup
CARA PENYEDIAAN
  • Masak makaroni macam biasa, toskan dan ketepikan.
  • Masukkan minyak sapi ke dalam periuk dan cairkan.
  • Bila minyak sapi dah cair masukkan tepung dan kacau hingga sebati dan kemudian masukkan susu. Kacau lagi.masukkan garam. Padamkan api. Inilah namanya bashamal.
  • Sediakan loyang dan taburkan setengah dari makaroni tadi. Taburkan daging cincang yang siap digoreng. Kemudian tuangkan setengah dari bashamal. Ulangi cara ni lagi.
  • Dan bila nak masukkan bashamal yang terakhir, masukkan telur dan daun sup. Kalau suka nak letak lada hitam pun boleh. Kacau dan tuang untuk lapisan atasnya.
  • Kemudian bakar selama setengah jam.
  • Biasanya Arab kat sini makan dengan salathah dia..meh nak tunjuk buat salathah. Satu lagi, camca yang digunakan di sini memang besar sungguh…lebih kurang dengan senduk.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN