cara masak maggi yg agak sihat…hehe..kenyang makan sbb byk sayur..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Maggi Sup
cara masak maggi yg agak sihat…hehe..kenyang makan sbb byk sayur..
BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus maggi
- 4-5 ekor udang basah
- sawi (ikut selera, klau saya suka sayur lebih)
- kobis (pun sama macam sawi tadi)
- lobak merah (potong panjang @ separa bulat)
- 1 ulas bawang putih (mayang @ tumbuk)
- 1 ulas bawang merah (mayang @ tumbuk)
- sedikit garam dan gula (bg sesiapa yg suka isi gula la..)
- setengah kiub maggi ayam
- sedikit ayam yang dipotong kecil
- sedikti minyak utk menumis
- Semangkuk air
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam periuk.
- Tumis bawang putih & bawang merah tadi sehingga naik bau.
- Masukkan ayam potong tadi. Biar seketika.
- Kemudian masukkan air & kiub ayam td. Biarkan menggelegak seketika. Masukkan udang.
- Masukkan lobak merah. setelah lobak merah dah hampir masak. masukkan maggi.
- Selepas menggelegak, masukkan sawi, kobis, garam & gula. kacau & tutup api. Sedia utk dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.