Cookies yg menjadi kegemaran anak2..tiap hari lebaran mesti ada cookies ini di atas meja…permintaan anak2..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
?London Almond Choc. Cookiesâ¢
Cookies yg menjadi kegemaran anak2..tiap hari lebaran mesti ada cookies ini di atas meja…permintaan anak2..
BAHAN-BAHAN
- 250 g mentega – lembut
- 120 g gula icing – ayak
- 2 biji kuning telur
- 1 biji putih telur
- 1/2 sk esen vanilla
- 600 g tepung gandum – ayak
- 300 g badam – dipanggang 10-15min.(pilih yg kecil2)
- secukup kacang tanah yg telah dipanggang dan dicincang kasar- utk tabur (atau choc rice,100 thousands dll,ikut suka)
- secukup choc. masakan yg dicairkan – utk celup biskut
- secukup paper cup kecil2
CARA PENYEDIAAN
- Mentega,gula,vanilla dan telur dikacau hingga rata.Masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga sebati dan boleh dibentukkan.(tepung tk perlu dihabiskan jika adunan sudah boleh dibentukkan)
- Ambil sedikit adunan dan balutkan sebiji badam.Susun atas dulang pembakar dan buat hingga habis.Bakar hingga masak atau hingga kekuningan.Sejukkan.
- Celup biskut ke dalam choc. cair dan masukkan ke dlm paper cup kecil lalu taburkan kekacang cincang.Buat hingga semua biskut habis dan masukkan sebentar di dlm freezer setakat utk mmbekukan choc. sahaja.Simpan cookies di dlm bekas kedap udara.
- **sebaiknya, choc. cair biar suam supaya mudah mencelup biskut.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.