resepi dari internet,untuk pengemar snow ball dan kacang tanah.walaupun semalaman tetap lembut.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Loh Mai Chi / Snow Ball
resepi dari internet,untuk pengemar snow ball dan kacang tanah.walaupun semalaman tetap lembut.
BAHAN-BAHAN
- 200gm tepung pulut
- 2 sdm tepung jagung
- 300ml air
- 2 sdm minyak kacang tanah ( saya guna minyak jagung )
- 1 sdt pandan pes
- Inti:
- 200gm kacang tanah (goreng) dan kisar jangan halus biar kasar sedikit(chunky)
- 100gm gula putih
- 1 cwn tepung beras (goreng tanpa minyak hingga ringan,5 minit)
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan pengukus,didihkan air.
- Satukan dan ayak tepung pulut dengan tepung jagung ke dalam mangkuk yang tahan panas.
- Satukan air dengan pandan pes,masukkan ke dalam tepung tadi gaul sebati hingga tiada ketulan tepung.
- Akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati.
- Tutup mangkuk dengan foil dan kukus sehingga masak(lebih kurang 30 minit)
- Setelah masak keluarkan dari pengukus,ketepikan foil gaul doh pulut agar sebati dengan minyak dan sejukkan sekejap.
- Cara saya agar tidak melekit,masukkan tangan kiri dengan plastik saiz 5/8,celup sudu dengan air ambil sesudu makan doh pulut tadi letakkan di tapak tangan yang beralas plastik,basahkan jejari kanan leperkan doh pulut kemudian masukkan 3 sdt inti kacang tanah dan tutup doh pulut kemaskan.(jika melekit basahkan lagi jejari kanan).
- Uli ball yang berinti tadi dengan tepung beras goreng.buat lah..sehingga doh habis dan hidangkan.
- Saya suka inti kacang yang tidak berderai nampak basah sedikit.Cara saya masakkan gula putih 100gm dengan sesudu makan air bagi kuning sedikit (jangan kuning sangat nanti pahit) tutup api,masukkan lagi 3-5 sdm air gaul bagi gula e tu cair.Tuangkan ke dalam kacang kisar sebatikan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.