Resipi sendiri. Idea dr D’limau Nipis Restaurant.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lime Smoothie Special
Resipi sendiri. Idea dr D’limau Nipis Restaurant.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A : Agar-agar limau nipis. Agar2 ni blh buat utk 2 gelas. Ambil separuh sahaja. 1 gelas @ 250ml. Memang sengaja buat sedikit lembik supaya senang disedut dgn straw.
- 1 sk paras serbuk agar-agar
- 3 – 5 sb gula pasir (ikut manis)
- 1 cawan air
- 1 sb jus limau nipis (blh tambah atau kurang ikut selera masing2)
- Sedikit pewarna hijau
- Bahan B : Lime Smoothie
- Setengah cawan susu segar
- 2 – 3 sb jus limau nipis (ikut selera masam)
- 3 – 5 sb gula pasir (ikut selera manis)
- Beberapa ketul ais kiub
CARA PENYEDIAAN
- Bahan A : Masakkan air, gula dan agar2. Bila mendidih, tutup api. Masukkan pewarna dan jus limau nipis, biarkan beku. Bila dah beku, hancur-hancurkan agar2 dgn garfu. Ketepikan
- Bahan B : Blender semua bahan sampai gula hancur. Ketepikan.
- Cara menghidang : Di dalam gelas, masukkan beberapa sudu agar2 hancur. Selepas itu, tuangkan smoothie di atasnya. Ulang kedua-dua langkah. Diatas sekali, hiaskan dgn ais krim vanila. Parutan coklat, sirap coklat dan coklat urai. Siapppp. Sesuai utk hidangan penghilang dahaga….Selamat mencuba !!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.