Kuih orang lama. Hati-hati untuk yang pakai gigi palsu…tercabut naya…Hi hi hi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lepat Liat Lemak

Kuih orang lama. Hati-hati untuk yang pakai gigi palsu…tercabut naya…Hi hi hi

BAHAN-BAHAN

  • 5 cawan tepung pulut
  • 2 cawan santan pekat (guna cawan yg sama utk sukat tepung tadi)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 8-10 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu garam
  • daun pisang secukupnya untuk balut.
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan santan, gula merah, gula pasir dan garam dalam bekas. Kacau hingga semua bahan larut.
  • Tapiskan ke dalam tepung yang telah tersedia dalam bekas lain.
  • Gaul dan uli sampai sebati menjadi doh.
  • Ambil sedikit dan gentel (utara- gelinte) menjadi panjang. Letakkan atas daun pisang. Lipat macam tepung bungkus.
  • Pastikan bahagian selisihnya kemas, bimbang apabila dikukus ianya akan membuak keluar.
  • Susun dalam pengukus dan kukus untuk 25-30 minit.
  • Apabila dah sejuk..makan le.
  • **Walaupun ianya liat tetapi tak melekat kat daun pisang sebab ada santan. Selamat mencuba.***

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN