Penyediaan:15minit sahaja.
simple dan mudah sahaja resepinya.
dan yang penting,sedap.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Lempeng pisang sedap dan simple
Penyediaan:15minit sahaja.
simple dan mudah sahaja resepinya.
dan yang penting,sedap.
BAHAN-BAHAN
- 6 sudu besar tepung gandum.
- 2 sudu besar gula.
- 1 sudu teh esen vanilla.
- Telur
- Secubit garam.
- Sedikit air.
- 2 biji pisang, potong nipis-nipis.
CARA PENYEDIAAN
- 1. Campurkan tepung gandum, gula, dan garam. Gaul.
- 2. Tambah air sedikit dan kacau. Masukkan telur dan kacau sehingga adunan menjadi lembut.
- 3. Apabila adunan dah lembut dan sebati, bolehla masukkan sedikit adunan tersebut kedalam frying pan. **Guna kuali biasa boleh jugak.
- 4. Tempek-tempekkan sedikit biar adunan rata di dalam frying pan tersebut dan tidak terlalu tebal.
- 5. Kemudian letakkan pisang yang dipotong tadi di atas adunan tersebut. Dan tabur sedikit gula di atasnya. **process ni kena buat cepat-cepat supaya pisang lekat pada adunan tersebut.
- 6. Tutup dengan penutup kuali. 2 minit kemudian-apabila melihat adunan tadi seakan dah masak, bolehla balikkannya dan tunggu 2minit lagi supaya bahagian bawah masak. Kemudian,angkat.
- 7. Ulang sampai adunan tadi habis.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.