Boleh digantikan dengan ikan merah, tenggiri atau apa saja ikan laut (ikan yang boleh dimakan).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Tempoyak Ikan Haruan

Boleh digantikan dengan ikan merah, tenggiri atau apa saja ikan laut (ikan yang boleh dimakan).

BAHAN-BAHAN

  • 5 – 6 keping potongan ikan haruan
  • 10 biji belimbing buluh, dibelah 2
  • 1/2 cawan isi petai (boleh tambah jika suka)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 camca besar tempoyak
  • 30 tangkai cili padi (bergantung pada tahap kepedasan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh garam kasar
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci bersih ikan haruan dengan asam limau dan garam, perap dengan sedikit garam dan kunyit (kurang lebih 30 minit). Panggang hingga sedikit garing. Boleh guna oven atau dipanggang atas bara api (atas bara api lagi sedap).
  • Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan tumbuk hingga rata. Ketepikan.
  • Tuang satu cawan air dan ramas kelapa parut. Perah santan pertama dalam satu bekas. Tuang lagi 2 cawan air dan ramas. Perah dalam bekas lain untuk santan no. 2.
  • Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, santan no.2 dan serai yang dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan ikan haruan panggang tadi.
  • Bila mendidih, masukkan petai dan biar 1 – 2 minit. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau perlahan dan gunakan api sederhana saja.
  • Akhir sekali tuang santan pekat. Biar mendidih 2 – 3 minit, sambil dikacau perlahan. Rasa kuahnya kalau kurang masin boleh ditambah sedikit garam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN