Project Description

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Keladi?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lemak Cili Api Keladi

Bagaimana cara nak masak Lemak Cili Api Keladi?

BAHAN-BAHAN

  • ½ biji ubi keladi (Dipotong kecil) 
  • 7 ekor udang besar 
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 15 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air 
    (Cili api, bawang merah & kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh dan rebuskan ubi keladi dengan air dan sedikit garam sehingga empuk. Kemudian tuskan. 
    2. Masukkan ubi keladi, udang, daun kunyit, asam gelugur, dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. 
    3. Masakkan sehingga mendidih. 
    4. Masukkan santan dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau supaya kuah tidak pecah minyak. 
    5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.