Resipi nenek kesayangan, masakan Kelantan. Lawa (sejenis kerabu) masam dan sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lawa

Resipi nenek kesayangan, masakan Kelantan. Lawa (sejenis kerabu) masam dan sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan tamban segar (atau 1 ekor kembung)
  • 2-3 biji limau nipis
  • Segenggam daun kesum (potong nipis)
  • Segenggam kacang panjang (atau kacang buncis)
  • 1 cili padi – ikut selera
CARA PENYEDIAAN
  • Asingkan isi ikan, basuh bersih-bersih dan potong dadu.
  • Perahkan asam limau dalam bekas ikan tadi. Perap 15 minit atau sehingga isi ikan masak (jadi putih).
  • Kemudian, sejatkan dan buang airnya.
  • Bubuh sedikit garam, cili, daun kesum dan kacang panjang yang telah dipotong kecil-kecil.
  • Bolehlah dimakan dengan nasi sebagai kerabu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN