Sesuai dihidang bila2 masa…gandakan adunan untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak dan tinggi dengan menggunakan loyang yang sama…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Lapis CitraWarna Kukus™

Sesuai dihidang bila2 masa…gandakan adunan untuk mendapatkan lapisan yang lebih banyak dan tinggi dengan menggunakan loyang yang sama…

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur – A (asingkan putih dan kuning telur)
  • 2 sb susu manis
  • 1 sk baking powder
  • 150 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 100 g tepung gandum – diayak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna hijau,merah,kuning dan lain2
CARA PENYEDIAAN
  • Mentega dan susu dipukul hingga kembang dan ketepikan.
  • Pukul putih telur hingga separuh kembang dan masukkan gula dan baking powder dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang.Masukkan kuning telur sebiji2 dan esen vanilla sambil terus dipukul.
  • Masukkan campuran mentega dan kacau dengan spatula/senduk hingga rata.
  • Masukkan pula tepung dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 4-5 bahagian dan warnakan.Kukus adunan selapis2 berselang-seli warna di dalam loyang yang telah dialas kertas dan digris dasarnya sahaja.Kukus 5 min. setiap lapis dan 15-20 min. bagi lapisan yang terakhir.
  • Sejukkan kek,potong dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN