Resepi dari alives and cooking australia

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lamb with macademia nuts and basil

Resepi dari alives and cooking australia

BAHAN-BAHAN

  • • 2 keping daging kambing (lamb shoulder)
    • 100 g kacang macademia
    • Daun basil saiz sederhana(dalam 10 helai bergantung kepada saiz)
    • 1 ulas bawang besar (dihiris)
    • Olive oil
    • 2 cawan stok ayam
    • Serbuk lada hitam
    • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Bersihkan daging terlebih dahulu. Campurkan kacang, hirisan bawang dan daun basil ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga kacang agak hancur. Tambahkan sedikit olive oil dan air bagi memudahkan proses pengisaran.
    2. Sediakan stok ayam. Terpulang sama ada nak guna kiub stok ayam atau buat sendiri.
    3. Letakkan kepingan daging ke dalam dulang pembakar. Sapukan campuran kacang dan basil di bahagian atas daging membentuk crust. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam di bahagian atas crust secukup rasa.
    4. Tuangkan stok ayam di dalam dulang pembakar. Pastikan paras stok tidak melebihi ketebalan daging. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180oc.
    5. Bakar daging selama 30 minit atau sehingga daging masak. Ketika menghidang, curahkan sedikit stok pada daging dan sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN