Masakan Thai. Simple dan cepat di buat. Resepi rahsia cheff dari Thailand. Tersangat sedap. Elemen terpenting adalah daun selasih. Kuahnya boleh dihirup.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lala Goreng Selasih

Masakan Thai. Simple dan cepat di buat. Resepi rahsia cheff dari Thailand. Tersangat sedap. Elemen terpenting adalah daun selasih. Kuahnya boleh dihirup.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg Lala
  • 4 Ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 Biji lada besar merah (ditumbuk)
  • 4 Biji lada hijau (ditumbuk)
  • 3 Sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 20 Helai daun selasih
  • 1 Sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • * Lala perlu dibersihkan terlebih dahulu satu persatu untuk mengelakkan ada lala yang kosong dan berpasir yg boleh menyebabkan kuahnya berubah warna dan jadi tak sedap.
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan 3 sudu besar minyak masak
  • Tumis bawang putih sehingga layu
  • Masukkan lada yang ditumbuk dan tumis sehingga layu
  • Masukkan sos tiram, kemudian masukkan air
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Masukkan lala dan gaul rata
  • Biarkan sekejap sehingga lala terbuka
  • Masukkan daun selasih dan gaul rata
  • Tutup kuali dan biarkan sebentar sehingga masak.
  • Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN