Adoii… perut pun dah berkeroncong ni..
Emmm… bau pun dah harum semerbak ni..
Apa tunggu lagi.. tak kan nak tengok aje….
Jemput makan semua….
resepi dari boNda:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Sungai Petani

Adoii… perut pun dah berkeroncong ni..
Emmm… bau pun dah harum semerbak ni..
Apa tunggu lagi.. tak kan nak tengok aje….
Jemput makan semua….
resepi dari boNda:)

BAHAN-BAHAN

  • 10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
    5 keping asam keping
    Air secukupnya untuk merebus ikan
  • Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
    Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
    Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ik
  • Bahan untuk pes

    20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
    10 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

    Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar h

  • Bahan Untuk Kuah Laksa

    Air rebusan ikan
    Air tulang ikan
    Air isi ikan
    Isi ikan yang di ramas kasar
    Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
    2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
    2 kuntum bunga

CARA PENYEDIAAN
  • Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
    Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
    Masukkan juga asam keping
    Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
    Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
    Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
    Isi ikan pula kita bahagi 2.
    1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
    Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
    Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
    Lepas kisar, kita tapis.
    Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
  • Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

    1 kg laksa beras yang telah di rebus
    1 pokok daun salad ~ di hiris
    1 ikat daun pudina ~ di hiris
    1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
    1 batang timun ~ di hiris mancis
    1 labu bawang besar ~ di hiris
    1/2 biji nenas ~ di racik halus
    telur rebus ~ di belah 4
    Limau kasturi
    1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
    1 batang cili merah ~ di hiris
    cili padi secukupnya ~ di hiris halus

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN