teringin nak makan laksa, tapi stok laksa habis… jadi saya gantikan dengan spaghetti =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa spaghetti

teringin nak makan laksa, tapi stok laksa habis… jadi saya gantikan dengan spaghetti =)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 peket spaghetti.. masak seperti arahan pada bungkusan
  • 3 ekor ikan kembung – direbus bersama garam, gula dan 1 keping asam gelugur
  • 1 kotak kecil santan
  • beberapa batang daun kesum
  • 1 camca lada hitam ditumbuk halus
  • beberapa tangkai cili kering pedas ( rendam dalam air panas hingga lembut)
  • Ulam ikut selera masing-masing (timun, taugeh, kantan, selom dan sebagainya)
  • garam gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • REbus spaghetti, toskan dan gaul sedikit minyak.
  • perisikan ikan yang telah direbus. Tumbuk sederhana hancur isi ikan. Tulangnya blend dengan air rebusan dan tapis untuk dijadikan kuah.
  • Satukan air rebusan ikan, isi ikan, santan, daun kesum, lada hitam, garam, gula ke dalam periuk. kacau hingga kuah mendidih dan rasa manis masinnya. Tutup api setelah kuahnya masak..
  • tumbuk cili kering yang telah direndam dengan air panas tadi untuk dijadikan sambal
  • bolehlah dihidangkan dan makan bersama-sama keluarga… =)
  • selamat mencuba… spread <3[/fusion_li_item]

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN