Masakan yg sentiasa jadi permintaan sape2 yg nk buat kunjungan ke rumah saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LAKSA SAMBAL SOTONG

Masakan yg sentiasa jadi permintaan sape2 yg nk buat kunjungan ke rumah saya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ikan kembung (pilih yg tipis n berbelang kuning)
  • 10-15 tangkai cili kering (direbus bg lembut)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan
  • Seikat daun kesum (lg byk lg sedap)
  • 1-2 kuntum bunga kantan (dibelah dua)
  • 1 peket laksa basah
  • Timun (potong memanjang tp kecil2)
  • Bawang besar (potong bulat nipis2)
  • Daun salad (potong kecil2)
  • Nenas (potong kecil2)
  • Telur rebus (belah dua)
  • UNTUK SAMBAL SOTONG:
  • 500 gram sotong (potong2 tp kalau saiz kecil lg best)
  • 20 tangkai cili kering (rebus bg lembut)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan minyak masak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ikan dan asingkan tulang, airnya jgn buang. Kemudian blender isi ikan. Blender juga cili kering bersama bawang merah, bawang putih dan belacan. Masa nk blender cili, masuk minyak masak sikit utk hancurkan biji cili kering. So takyah la nk pijar tgn buang bijiknya.
  • Kemudian blender pula tulang ikan bersama air. Setelah hancur, tapis utk ambil airnya.
  • Masukkan semua bahan yg telah dikisar ke dlm periuk yg berisi air rebusan ikan tadi.
  • Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping (sori td lupa nk tulis asam keping kat bahan2. Lebih kurang 5-6 keping la)
  • Masak hingga mendidih, kemudian boleh la masuk garam dan perisa tambahan.
  • Untuk sambal sotong: blender cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Bubuh minyak masak sikit masa nk blender. Kemudian panaskan minyak (minyak kna byk utk pastikan cili betul2 masak), tumiskan bahan kusar td. Masak atas kuali sampai naik minyak dan kering airnya kemudian masuk sotong. Kacau 2-3 minit, angkat. Tp kalau rasa minyaknya byk sgt, buang la sikit minyak tu.
  • Hidang laksa bersama hirisan timun, bawang besar, daun salad, nenas dan telur rebus. Mkn bersama sambal sotong. Satu pembaharuan yg sgt2 sedap. Kwn2 saya sgt pelik tp lps mkn, semua mintak tapau.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN