Laksa Pendek Goreng

Resipi dari tengok mum-in-law masak :
http://de-serikandi.blogspot.com/2012/12/fried-laksa-pendek-aka-laksa-pendek.html

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Pendek Goreng

Resipi dari tengok mum-in-law masak :
http://de-serikandi.blogspot.com/2012/12/fried-laksa-pendek-aka-laksa-pendek.html

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 2 peket laksa pendek (boleh didapati di mana supermarket macam NSK/Aeon/Giant etc)
  • 1 peket cendawan shitake dipotong nipis-nipis
  • Seikat daun bawang dipotong pendek-pendek
  • 6 batang hotdog Ayamas dipotong (Leh gantikan dengan udang / sotong / ayam)
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 batang cili merah*
  • 4 batang cili api*
  • kicap secukupnya sebagai perasa (saya pakai sos kicap untuk mee goreng sikit + kicap manis cap kipas)
  • garam dan gula secukupnya sebagai perasa
  • serbuk pati ikan bilis secukupnyer
  • 1 tsp minyak bijan
  • Minyak secukupnya untuk masak
  • #Semua yang bertanda ‘*’ dikisar terlebih dahulu.

    #Sekiranya suka sayur lain macam tauge, kobis dll leh tambah ikut suka.

    #Perkataan ‘secukupnya’ adalah kerana ianya bergantung pada tastebud uolls.

CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan minyak. 2 biji telur dipukul macam telur dadar dan digoreng hancur terlebih dahulu. Dah masak, alihkan dalam mangkuk. (tujuan goreng dahulu untuk elak sesetengah bila goreng sekali ngan mee ke mihun ke ada orang tak suka bau hanyir telur. Ni i memang ikut stail my mum-in-law)
  • Tambahkan minyak sekiranya perlu. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai naik bau. Tambahkan satu sudu kecil minyak bijan.
  • Bila dah naik bau, masukkan hotdog. Leh letakkan perasa macam pati ikan bilis ke, bubuh garam dan gula ikut rasa. Kacau-kacau…
  • Kemudian, masukan pulak cendawan shitake. Gaul rata lagi…
  • Masukkan telur hancur yang digoreng awal-awal tadi. Gaul rata.
  • Waktu ni leh la boh sikit kicap untuk bagi gelap sikit ke. Agak-agak ikut suka hati nak gelap macam mana. Tapi jangan boh banyak sangat kang masin lak.
  • Lepas tu, masukkan pulak laksa pendek. Gaul2 dan balik-balikkan bagi rata dan masukkan daun bawang dan gaul lagi bagi rata.
  • Then, rasa la sikit laksa pendek tu cukup ke garam dan gulanya. Kalau tawar ke tak cukup masin ke. Tambah la lagi garam dan gulanyer..
  • Dah siap…hidangkan la…Hmmm…kene makan panas2 baru sedap!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago