Laksa Penang

Resipi sendiri yang diubahsuai dan ditokok tambah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Penang

Resipi sendiri yang diubahsuai dan ditokok tambah.

BAHAN-BAHAN

  • Ikan sardin 1/2 kilo
  • Ikan sardin tin kecil (cap Ayam atau cap King Cup bertujuan untuk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
  • Bawang merah (5 ulas)
  • Belacan (sebesar ibu jari)
  • Cili kering (segenggam) atau cili giling (4 sudu atau ikut citarasa)
  • Bawang besar (dimayang halus)
  • Timun
  • Cili masak atau cili padi
  • Daun salad
  • Telur rebus
  • Laksa kering atau laksa basah (sebungkus)
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Limau nipis
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dari tulang (air rebusan jangan dibuang).
  • Kisar bawang merah, belacan, cili kering (sekiranya cili giling tak payah – hanya campurkan terus dalam kuah nanti).
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan.
  • Kisar ikan sardin yang diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin (sos ikan sardin tin dicampurkan sekali).
  • Kisar tulang ikan (jangan terlalu halus) untuk menambah rasa manis kuah, tapiskan airnya ke dalam periuk tadi.
  • Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa.
  • Boleh la dihidangkan dan ditabur bawang besar, timun, cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago