Truffle Coklat

Kegemaran budak-budak…resipi ringkas, penyediaan tak sampai 10 minit!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Truffle Coklat

Kegemaran budak-budak…resipi ringkas, penyediaan tak sampai 10 minit!

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 cawan cip coklat
  • 113g krim keju, dilembutkan
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 3/4 cawan gula ‘confectioner’
  • Untuk salutan:
  • 3 – 4 sudu besar badam halus
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan cip coklat sama ada dengan ketuhar atau teknik ‘double boiler’. Cairkan hingga hampir cair sahaja. Kemudian kacau dan biarkan ia sejuk.
  • Dengan pengadun, pukul krim keju sampai lembut. Tambah coklat cip tadi dan pukul lagi hingga lembut.
  • Tambahkan serbuk koko dan 1 cawan gula, kacau dengan spatula hingga sebati. Kemudian, tambah baki gula tadi (iaitu 3/4 cawan lagi), dan kali ini lebih senang menggaul dengan menggunakan tangan saja, teruskan gaul hingga dapat doh yang lembut.
  • Taburkan dulu badam halus dalam bekas leper sedikit. Kemudian, bentukkan doh kepada bentuk bulat-bulat (kira-kira dalam saiz 2.5cm, atau saiz muat-muat dalam cawan kertas). Kemudian golek-golekkan atas badam halus tadi, dan letak dalam acuan cawan kertas. Buat sampai habis, akan dapat dalam 24 biji. Simpan dalam peti sejuk hingga keras.
  • NOTA: Jika sukar nak bentukkan, masukkan adunan dalam peti ais dalam 15 minit, kemudian baru golekkan atas badam halus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago