kepada yg kekurangan bahan untuk buat laksa n 1st timer,boleh la try resepi ni,simple sangat…blend dan rebus…:-))
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Laksa penang simple di perantauan
kepada yg kekurangan bahan untuk buat laksa n 1st timer,boleh la try resepi ni,simple sangat…blend dan rebus…:-))
BAHAN-BAHAN
- satu tin sardin (tanpa sos tomato/kosong)
- bahan-bahan blend :
- 1 labu bawang besar
- segenggam cili kering, direbus dahulu (ikut suka tahap pedas yg disukai) – kalau xcukup cili kering,boleh la tmbh dgn serbuk cili sahaja
- seketul belacan (sy guna lebih kurang saiz 4x4x0.5cm) -kalau xdak belacan,boleh ganti dgn udang kering
- sedikit serbuk bunga kantan(jika ada)
- 4 keping asam gelugor dan air
- garam secukup rasa
- setengah paket spageti(sbg ganti kpd laksa)-direbus bersama sedikit minyak
- sedikit timun,hirisan bawang besar,nenas,cili merah dan limau nipis(atau lemon) sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
- blend bawang besar, cili kering(@serbuk cili), belacan(atau udang kering) bersama sedikit air
- kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend, tp jgn sampai terlalu lumat
- tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. tambah lagi air sehingga kuah tidak terlalu pekat.
- masukkan asam gelugor ke dalam periuk. tambah garam,serbuk bunga kantan. biarkan sehingga menggelegak.
- di dalam periuk lain,rebus spageti
- apabila kuah telah menggelegak, boleh la dihidangkan bersama spageti dan dihias bersama bahan hiasan. perah limau untuk lebih sedap. tadaaa….siap sudah
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.