Lada Hijau Goreng Belacan

Masakan biasa sahaja bila tengok lada hijau (cili hijau) melambak dalam fridge. Sayang pula nak buang. Dan inilah hasilnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lada Hijau Goreng Belacan

Masakan biasa sahaja bila tengok lada hijau (cili hijau) melambak dalam fridge. Sayang pula nak buang. Dan inilah hasilnya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 atau 2 paket lada hijau (jumlah ikut kesesuaian sendiri)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 atau 3 inci belacan (ikut suka)
  • minyak masak untuk menumis
  • garam dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan cili dan toskan atau boleh dibersihkan kemudian selepas dipotong memanjang dan buangkan bijinya.
  • Tumbuk belacan bersama bawang merah dan putih.
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan lada hijau yang sudah siap dipotong dan dibersihkan.
  • Kacau sebentar sehingga sebati dan tutup kuali dengan penutup. Biar sehingga lada agak lembut. Kalau terlampau kering, tambahkan sedikit air.
  • Bubuh garam dan serbuk perasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago