resepi daripada Mak yg telah berjaya di cuba
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Labu masak lemak cili padi
resepi daripada Mak yg telah berjaya di cuba
BAHAN-BAHAN
- 1/2 biji labu (dipotong 8)
- 1 biji kelapa (diambil pati shj dlm 4/5 cawan)
- 15 biji cili padi
- 1 genggam ikan bilis
- 1 sudu makan lada hitam (di tumbuk jgn terlalu hancur)
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 btg serai (di titik)
- 1 helai daun kunyit [x]
- garam (secukup rasa)
CARA PENYEDIAAN
- Kupas labu, potong sampai dapat 8 bahagian kemudian basuh dan ketepikan.
- Blend cili padi dgn sedikit air, lepas tu.. tumbuk kasar ikan bilis dan lada hitam.
- Masukkan cili padi yg telah dikisar, ikan bilis, lada hitam, santan, serai, daun kunyit dan serbuk kunyit dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.
- Bila kuah dah mendidih masukkan labu tadi dan garam secukup rasa kacau sehingga labu masak.
- Sedia dihidang panas2…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.