Bagaimana cara nak masak Kuzi Kambing?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuzi Kambing

Bagaimana cara nak masak Kuzi Kambing?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging kambing 
  • 3 sudu makan rempah kuzi 
  • 5 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih    
  • 3 inci halia          
  • 1 cawan bawang goreng  
  • 15 tangkai cili kering 
  • (Bawang merah, bawang putih, halia, bawang goreng dan cili kering dikisar bersama)  
  •  ½ cawan kismis 
  • 1 cawan sos tomato 
  • 1 cawan yogurt asli 
  • 2 biji tomato (Dibelah)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah)
  • 5 biji cili merah (Dihiris) 
  • 2 cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan. 
    2. Perapkan daging kambing dengan rempah kuzi selama 1 jam. 
    3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak. 
    4. Masukkan daging, kismis, dan sos tomato. Kacau rata. 
    5. Masukkan air dan masakkan sehingga daging lembut dan pekat. 
    6. Masukkan yogurt dan kacau rata. Masakkan sehingga pecah minyak. 
    7. Masukkan tomato, bawang besar, garam, dan cili merah. Masak sebentar. Tutup api dan angkat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN