Masakan Morrocco. Resepi ni belajar dari kawan yg pernah study di sana. Ada sikit2 yg dah diadjust.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuskus Sayur

Masakan Morrocco. Resepi ni belajar dari kawan yg pernah study di sana. Ada sikit2 yg dah diadjust.

BAHAN-BAHAN

  • 500g kuskus
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar minyak makan
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2kg daging dipotong besar. Kalo dpt kambing lg best.
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1 batang timun – dpotong besar-besar
  • 1 batang lobak merah – dipotong besar-besar
  • 2 biji kentang – dipotong besar-besar
  • 1 genggam kacang kuda – rebus dulu
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 biji tomato- dicincang
  • 1/2 genggam daun parsli – dicincang
  • 1 genggam daun ketumbar – dicincang
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
CARA PENYEDIAAN
  • Cara masak kuskus:
    kalo beli yg instant kt kotak dia ada bgtau cara nak masak. Tp biasanya kalo 500g kuskus ni guna 1/2 liter air, didih dengan 1 sudu besar garam dan 2 sudu minyak. Kuskus akan menyerap air dan kembang. gaul-gaul dengan garpu. Gaulkan dengan mentega. kalo rasanya masih tak cukup kembang tambah sikit2 air. Angkat bila dah rasa kembang dan lembut (tak bejelantah mcm masak nasik).

  • Cara masak sayur:
    Panaskan minyak, masukkan daging (guna pressure cooker lagi baik..). Biarkan hingga lembut. baru masukkan bawang besar, masukkan rempah ratus-serbuk kulit kayu manis, serbuk paprika, serbuk halia, serbuk kunyit, serbuk lada hitam. tumis sikit. Masukkan tomato dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan kacang kuda. Masukkan lobak merah dan kentang biarkan dulu. dah agak lembut lobak merah dan kentang masukkan timun pula. Tambah air utk berkuah. Masukkan daun parsli dan ketumbar, akhirnya garam.

    Apabila hidang..tuang gulai sayur atas kuskus. Kuah akan meresap dlm kuskus.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN