Bagaimana cara nak masak Kurma Telur?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kurma Telur

Bagaimana cara nak masak Kurma Telur?

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji telur rebus (Dibuang kulit) 
  • 10 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • (bawang merah, bawang putih ditumbuk bersama halia)
  • 3 sudu makan rempah kurma 
  • 2 cawan santan 
  • 3 biji kentang (Dipotong kecil) 
  • 3 biji cili hijau (Dihiris) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak. 
    2. Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga sebati. 
    3. Masukkan santan, kentang, telur dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
    4. Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau rata dan biarkan sebentar. 
    5. Angkat dan hidangkan bersama nasi ataupun roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN