Project Description

Bagaimana cara nak masak Kuih Ubi Kayu Kukus?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Ubi Kayu Kukus

Bagaimana cara nak masak Kuih Ubi Kayu Kukus?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • 8 helai daun pandan (Dipotong pendek) 
  • ½ biji kelapa parut (Isi putih sahaja) 
  • 2 sudu makan gula 
  • ½ cawan air 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh ubi kayu dan dituskan airnya. 
    2. Masukkan ubi kayu ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tapiskan airnya. 
    3. Kisarkan daun pandan dengan air sehingga halus. Kemudian tapiskan airnya. 
    4. Gaulkan ubi kayu dengan separuh kelapa parut, gula, sedikit garam, dan air tapisan daun pandan. Kacau sehingga sebati. 
    5. Masukkan bahan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci yang sudah disapu minyak dan kukus selama 30 minit. 
    6. Sejukkan kuih dan potong kecil. 
    7. Kukuskan baki kelapa parut selama 5 minit. 
    8. Gaulkan kuih dengan kelapa parut dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.