Aneka Kuih Talam Nyonya

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Talam Taro

Aneka Kuih Talam Nyonya

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 300gm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 900ml air
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • 80gm ubi keladi (dipotong dan dikukus hingga lembut)
  • sedikit pewarna violet/unggu
  • Bahan B
  • 100gm ubi keladi (Taro)-dipotong kiub
  • 20gm udang kecil dicincang halus
  • 1/2 sudu teh 5 rempah (lada hitam, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan jintan manis) – five spices powder boleh dibeli pasaraya atau dikedai ubat cina.
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula – jika suka manis boleh tambah gula
  • 1/2 sudu teh lada sulah
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan A, kecuali pewarna dan ubi keladi. Ambil 200ml adunan dan kisar bersama ubi keladi yang dikukus tadi hingga halus. Ketepikan. Biarkan lebihan adunan untuk digaul bersama bahan B.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak masak, goreng bahan B hingga kekuningan. Masukkan lebihan adunan tadi dan masak hingga likat. Tuangkan dalam loyang 8″ yang dilapik dengan plastik terlebih dahulu untuk mudah dikeluarkan. Kukus selama 20 minit.
  • Akhir sekali tuang no. (1), adunan ubi keladi, (letakkan sedikit pewarna violet, jika suka) ke atas no. (2). Ratakan permukaannya dan kukus semula selama 30 minit.
  • Biarkan sejuk baru dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN